KEDATANGAN & PENYEBARAN ISLAM DI TANAH MELAYU
PENDAHULUAN
Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di Tanah Melayu seja sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.
Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan.
PETA DATANGNYA ISLAM KE NUSANTARA
SEJARAH KEDATANGAN ISLAM
Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samuder ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu .
Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.
SUASANA MASYARAKAT SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Sebelum masyarakat sebelum kedatangan Islam mereka menganut pelbagai bentuk kepercayaan dankeyakinan. Antaranya ialah kepercayaan yang disebut sebagai animisme. Menurut pengkaji sejarah keagamaan, animisme adalah satu bentuk kepercayaan awal sesebuah masyarakat yang mengaitkan hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya. Manusia yang menganut fahaman ini merasakan betapa besarnya pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan mereka. Mereka percaya segala yang adasemuanya dikawal oleh kuasa tertentu. Lalu wujudlah pelbagai bentuk pemujaan kepada objek yang dianggap penting dalam kehidupan mereka seperti memuja semangat padi, roh nenek moyang dan semangat pantai.
Kemudian, di alam Melayu ini muncullah pula beberapa agama serta kepercayaan lain yang berteraskan Hindu dan Buddha. Dikatakan bahawa pengaruh Hindu dan Buddha tidak begitu mendalam secara menyeluruh dalam masyarakat Melayu. Misalnya, pengaruh Hindu dikatakan lebih ketara dalam mempengaruhi amalan adat istiadat dan juga golongan atasan. Kemudian, aspek kepercayaan di alam Melayu berbaur antara animisme, Hindu dan Buddha. Kesemua kepercayaan ini tidaklah diterima secara mendalam dalam kehidupan masyarakat. Semua kepercayaan tersebut didasari dengan fahaman yang mensyirikkan Allah SWT. Jauh sekali daripada fahaman tauhid yang menjadikan teras dan kepercayaan agama samawi, khususnya Islam.
Semasa era kedatangan Hindu-Buddha ke Tanah Melayu, pemikiran Hindu ini tidak meninggalkan kesan yang utuh dan mendalam. Umumnya pengaruh Hindu agak ketara dalam bidang politik dan dapat dikesan melalui kewujudan era yang dikaitkan dengan zaman Hindu seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Pengaruh kehinduan dalam kalangan masyarakat Melayu dalam sistem beraja yang bersifat mutlak iaitu raja dianggap sebagai makhluk luar biasa, jelmaan dewa-dewa yang bukan sahaja ditaati, tetapi juga disembah. Sementara undang-undang yang dilaksanakan juga mempunyai unsur-unsurdan pengaruh kehinduan seperti hukuman sesuatu kesalahan tidak didasari dengan perbuatan yang dilakukan, tetapi lebih kepada siapa yang membuatnya. Jika golongan atasan yang melakukan kesalahan, hukumannya adalah bebeza dengan bentuk yang dterima oleh orang bawahan yang melakukan kesalahan yang sama.
KONSEP TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibentuk oleh kelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenalidengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia (The Malay-indonesian Archipelago), Kepulauan Nusantara, Tanah Jawi dan Alam Melayu.
Nama Melayu iaitu ‘Moloyo’ dipercayai berasal daripada satu tempat di Jambi di tebing sungai Batang Hari yang merupakan sebuah kerajaan Melayu.
Namun hakikat sebenar yang menjadikan wilayah ini sebagai Kepulauan Melayu atau Alam Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai penghantar penyebaran dan pengajaran Islam ke tanah wilayah ini.
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya berlangsung dengan suasana yang aman dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik masyarakat melayu . Secara umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam di Tanah Melayu dan terdapat satu persamaan dalam ketiga-tiga teori itu iaitu Agama Islam berkembang melalui perdagangan.
KAPAL-KAPAL ASING BERDAGANG DI SELAT MELAKA
Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi
Teori pertama mengatakan agama Islam datang secara langsung dari Tanah Arab pada abad ke-7M.
i. Pengasas teori ini ialah John Crawford dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas.
ii. Bukti yang dikemukakannya ialah pedagang Arab sudah lama berdagang di Alam Melayu iaitu sejak Zaman Jahiliyah hingga ke Zaman Islam. Terdapat beberapa buah perkampungan orang Islam di timur dan Barat Sumatera.
iii. Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab.
iv. Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi.
v. Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan.
vi. Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara.
Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa
Teori kedua menyatakan bahawa agama Islam datang dari negara China menerusi Canton (Khan Fu) dan Hainan (abad ke-9M).
i. Pengasas teori ini ialah Emanuel Gadinho Eredia, seorang sarjana Sepanyol.
ii. Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang.
Pedagang Islam dari keturunan Arab dan Parsi berdagang di Canton. Hubungan perdagangan perdagangan antara pedagang Islam dan China dengan pedagang Arab sudah wujud dan pedagang China sudah kenal akan Alam Melayu.
iii. Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
iv. Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.
v. Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.
vi. Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.
Teori Kedatangan Islam Dari India
Yang ketiga pula dibawa dari India melalui Cambay (wilayah Gujerat dan Koromandel) pada abad ke-13.
i. Pengasas teori ini ialah Snouck Hurgronje, seorang Belanda.
ii. Bukti ialah kewujudan hubungan perdagangan di antara India dengan Alam Melayu. Pedangan Gujerat (India Muslim) berniaga sambil menyebarkan Islam.
iii. Wujud persamaan batu nisan yang ditemui di Pasai (batu nisan Malik al-Saleh) dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek, Jawa dengan batu nisan di Gujerat, India.
iv. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Delhi (abad ke-13), agama Islam sudah bertapak di India. Kota Baghdad merosot kerana ditawan oleh tentera Mongol. Kerajaan Islam di Sepanyol menghadapi Perang Salib. Akibatnya ramai orang Islam berhijrah ke timur.
PENGARUH/KESAN KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Kepercayaan
Animisme kepada Islam
– Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan. Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional - mengubah berfikir secara.
Tahyul dan Fantasi

Perundangan/Peraturan
Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain. Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.
Pentadbiran
Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.
– Institusi kesultanan yang berdasarkan kerajaan turki Uthmaniyyah diperkenalkan.
– Menggunakan undang-undang syariah untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat.
– Gelaran berunsur islam, iaitu ‘Sultan’ digunakan oleh ketua kerajaan. Baginda menjadi ketua agama Islam.
– Menyemarakkan semangat jihad orang melayu menentang penjajah.melahirkan semangat kebangsaan penduduk tempatan untuk menentang penjajah Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris.
Pendidikan
– Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.
– Terbuka kepada semua golongan masyarakat.
– Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.
– Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam.
– Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar.
–Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.
–Pendidikan mula berkembang dikalangan rakyat semua peringkat (sebelumnya hanya terhad kepada golongan bangsawan). Di Melaka, istana berperanan sebagai institusi pendidkan dan mempunyai kitab dan sastera Islam. Antaranya ialah Kitan Dun al-Manzum, Hikayat Amir Hamzah dan hikayat Muhammad Ali Hanafiyah.
Bahasa dan Kesusasteraan
–Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran Islam yang terkenal pada zaman Sultan Muzaffar Syah (1445-1459). Pada kurun ke-16, Acheh muncul sebagai pusat penyebaran islam yang terkenal dengan gelaran Serambi Makkah.
– Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.
– Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca.
– Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
– Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain.
– Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah.
Ekonomi
– Kegiatan ekonomi diresapi dengan unsur Islam dimana citra kegiatan ekonominya adalah lebih beradab dan berperaturan.
– Contohnya berusaha dengan cara halal dan meninggalkan amalan ekonomi yang buruk seperti merompak, mencuri, mengambil hak orang lain secara zalim serta tidak sah dan pengurusan harta dan ekonomi secara halal dan benar.
– Melaka telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal hingga mengatasi kerajaan di pantai timur Sumatera seperti Haru, Jambi, Pedir dan Samuders-Pasai.
Sosial dan Kemasyarakatan
– Memelihara dan meghormati kemuliaan insan di mana semua manusia dianggap sama dan tiada wujudnya kasta dalam masyarakat.
– Tidak membenarkan apa jua bentuk diskriminasi sama ada ia bersifat gender atau kejantinaan, keturunan serta bangsa dalam masyarakat.
– Mengangkat martabat wanita dan dianggap kelompok penting dalam masyarakat.
– Pemantapan pada institusi kekeluargaan dalam masyarakat yang mana diperkukuhkan dengan undang-undang di dalam Hukum Kanun Melaka.
Kesenian
– Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain.
– Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan.
– Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Faktor Perdagangan
Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Para pedagang Arab, India, Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu sejak abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada para pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain untuk berdakwah.
Penyebaran Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik mereka dengan para penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan. Selain itu, mereka mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan baik dengan pedagang-pedagang lain yang datang dari berbagai-bagai kawasan di Nusantara. Contohnya, pada abad ke-14 kerajaan Pasai, abad ke-15 kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16 kerajaan Acheh merupakan pusat-pusat perdagangan yang mewarnai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang amat strategik membantu kerancakan perdagangan.
Faktor Ajaran Islam
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu terpaksa menghadapi persaingan agama Hindu yang telah bertapak selama 13 abad. Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai kelebihannya yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk Nusantara. Salah satu kebaikan Islam ialah mudah difahami, tidak bertentangan dengan akal fikiran, sentiasa rasional dan amat sesuai bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat. Misalnya, dalam aspek sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama taraf dan manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah mereka yang paling bertakwa. Di samping itu, Islam memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan persaudaraan Islam yang bersifat universal, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersatu padu, dan lain-lain.
Faktor Penaklukan
Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor penyebaran Islam di Tanah Melayu. Penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain mendorong tersebarnya Islam dengan cepat. Jika daerah yang ditakluk itu telah Islam maka Islam dapat dikembang dengan lebih berkesan lagi. Contohnya, catatan Ibn Batutah membuktikan bahawa Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut. Melaka pula pada zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderagiri, Rokan, Siak, Johor, Bengkalis, dan lain-lain.
Faktor Perkahwinan
Perkahwinan turut menjadi faktor penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Perkahwinan berlaku melalui dua cara iaitu perkahwinan antara saudagar Islam dengan gadis-gadis tempatan, terutama anak gadis pembesar atau kerabat diraja tempatan. Keduanya ialah perkahwinan antara raja dengan puteri raja daerah atau negeri lain. Contohnya, perkahwinan Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau memeluk Islam dan bergelar Malikul Salleh. Rakyat Pasai turut memeluk Islam kemudiannya.
Peranan Pemerintah Di Nusantara
Penyebaran Islam di Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat dan sokongan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam sangat penting. Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam turut menjadikan Acheh sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah. Institusi istana menjadi pusat pendidikan pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan sultan Melaka seperti Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar Syah.
Hubungan Diplomatik
Penyebaran Islam di Tanah Melayu turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.
Pelaksanaan Perundangan Dan Keadilan
Hukum Kanun Melaka mempunyai unsur-unsur Islam. Jadi perlaksanaan undang-undang ini mewujudkan keadilan dalam masyarakat.
Faktor Institusi Pendidikan
Contoh Istana-istana, pondok, balai gadang, Jamiah Baitul Rahman. Para pelajar yang menerima ilmu pengetahuan dan ajaran Islam akan menyebarkan pula di tempat masing-masing setelah tamat pengajian.
RUMUSAN
Dalam segi kepercayaan masyarakat yang bertamadun mempunyai kepercayaan masing-masing , tidaklah seperti negara yang tiada tamadun , masyarakatnya seperti tiada kepercayaan sendiri. Contohnya masyarakat di Malaysia mempunyai kepelbagaian agama serta kepercayaan, contoh agama yang terdapat di Malaysia selepas kedatangan Agama Islam dan Kemerdekaan adalah , agama islam, agama kristian, agama hindu , dan agama budda, walaupun berlainan kepercayaan serta berlainan agama masyarakat Malaysia hidup aman dan damai kerana masyarakat ini hidup dalam keadaan yang bertamadun. Kehidupan didalam masyarakat yang bertamadun lebih harmoni kerana tiada manusia yang boleh membuat hal sesuka hati tanpa mengikut undang-undang yang telah di buat oleh pihak berkuasa, kedatangan tamadun Islam di Malaysia membawa banyak kebaikan dari segi pemerintahan serta kefahaman masyarakat, contohnya dalam perniagaan sebelum terbentuknya tamadun di bumi ini terlalu banyak ketidak adilan seperti berlaku penindasan terhadap orang bawahan. Kedatangan tamadun Islam juga mendatangan kebaikan serta menambah lagi pemahaman masyarakat untuk menjadi masyarakat yang mempunyai tatasusila dan beradab , serta menambahkan lagi ekonomi negara ini.

No comments:
Post a Comment